Thursday, October 29, 2015

KEDUDUKAN KIMPAL 3G SMAW


Mengimpal pada kedudukan tegak memerlukan pergerakan elektrod dari bawah ke atas atau sebaliknya. selalunya masalah yang dihadapi pengimpal ketika mengimpal pada kedudukan tegak ialah tarikan graviti. Tarikkan graviti akan menyebabkan logam lebur daripada elektrod dan logam asas akan jatuh. masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan elektrod yang cepat beku kawalan terhadap takat lebur logam dan lekuk arka dapat dikawal dengan cara:-

 i) mengerakkan elektrod dengan gerakkan yang sesuai 
ii) memilih elektrod yang khursus dan sesuai untuk mengimpal logam dengan kedudukan tegak 


a) kedudukan dan pergerakkan elektrod

terdapat dua jenis pergerakkan mengimpal kedudukan tegak iaitu:

 i) dari atas ke bawah
ii) dari bawah ke atas

i) dari bawah ke atas

semasa mengimpal logam dari bawah ke atas elektrod hendaklah di mulakan pergerakkan menghala ke atas dengan kedudukan elektrod itu tegak betul ke permukaan logam. rendahkan bahagian belakang elektrod itu sedikit kira-kira 10̊-15̊ dari garisan ufuk 

ii) dari atas ke bawah 

semasa mengimpal logam dari atas ke bawah, mulakan arka dari hujung sebelah atas dan gerakkan elektrod ke bawah di sepanjang sambungan dengan gerakkan terus atau gerakkannya kecil ke kiri dan ke kanan 

b) membuat kumai kimpalan dari atas ke bawah 

letakkan kepingan logam yang digunakan untuk latihan pada kedudukan tegak. mulakan arka dihujung atas kepingan itu, dengan elektrod berada pada sudut 60̊ dari garisan tegak. kawal jarak arka supaya pendek dan tarik elektrod ke bawah untuk membuat kumai. elektrod digerakkan dengan kelajuan yang sesuai untuk mengelakkan logam lebur daripada mengalir cepat dari lekuk arka. gerakkan elektrod itu teus tanpa gerakkannya. apabila teknik ini telah dapat dilakukan dengan baik, lakukan gerakkannya kecil dengan perlahan.

c) membuat kumai kimpalan dengan menggunakan elektrod yang digerakan dari bawah ke atas

kebanyakan sambungan yang berkeadaan tegak memerlukan kumai yang berbgai-bagi saiznya. lebur kumai boleh dikawal dengan menggunakan corak gerakan elektrod. tiap-tiap corak gerakan boleh menghasilkan kumai yang lebarnya kira-kira dua kali ukuran diameter elektrod. tiap-tiap corak gerakan dibentuk khas supayan tikaman arka dari hujung elektrod dapat masuk ke dalam limbah lebur logam semasa gerakan ke bawah dilakukan.gerakan keatas yang sebentar itu pula membolehkan haba megurang sehingga logam lebur itu dapat menjadi beku. latihan membuat kumai ini hendaklah dilakukan berulang kali sehingga pengimpal betul-betul mahir menghasilkan kumai yang rata dan cantik.

No comments:

Post a Comment